Showing posts with label miss him. Show all posts
Showing posts with label miss him. Show all posts

November 28, 2011

UKKM -,-

Assalamualaikum :D

Hi peeps! Apa khabar? Seronok celebrate Maal Hijrah semalam ? Aku langsung tak celebrate Maal Hijrah -,- Okayokay. Kalau korang sedang baca post ni,maknanya aku masih hidup lagi. Baru saja terfikir nak terjun bangunan lepas ambil Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM.Tadi, aku ambil Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM. Wahwah, NERVOUS gila aku -,- Mai sini,aku nak habaq, kalau korang baca my previous post,aku cakap yang Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM ni consists of 3 papers. Okay,soalan Math dia bukan 50 soalan yea. But, 40 je. Dan masa yang diberi bukan 1 jam.But,1 jam 15 minit. Dan,soalan Math dia,mak aih, susah gila babeng. First time aku baca soalan dia,I was.. 'Watafah..?' Soalan pertama pun aku dah sangkut -,- Teruk betul. I spent about 5 minutes per question. Nak tahu tak?  Soalan Mathematics complicated gila.Kalau orang kata 'Love is complicated',aku rasa Mathematics 100 times more complicated..And yang gilanya,almost semua soalan aku tembak. -,- Ni la akibat tak study. :( Soalan dia,tak payah cerita la wei. Memang berbelit. >.< Aish,aku terasa bodoh yang amat. Kesian parents aku. Penat-penat je hantar aku dekat KPM Beranang,Semenyih semata-mata nak ambil ujian 'gila' tu. :'( Sedih wei. Aku tak jawab semua soalan pun. This time,my Maths totally sucks! Mathematics aku hancur :( Alahai,nak menangis je.


Okayokay,aku ada berita yang gembira. Soalan Science dia ada 50 soalan. Yang ni,memang senang yang amat. Dia more pada apa yang kau belajar dan  apply sains dalam kehidupan. Simple je. Tak susah macam Mathematics tu. Nak saja aku cekik orang yang create soalan Maths tu  =3= Aku sarankan,korang focus more on Maths. Soalan dia memang tak tercapai dek akal.Serious, focus more on Maths. Kalaulah Albert Einstein hidup lagi,dah lama aku tukar otak dengan dia. And the last paper,which is one of my favourite paper --> 100 Soalan Keperibadian (yeeehhhhaaaaa! aku ingat nama paper tu :) ) Soalan yang kau pejam mata pun boleh jawab :) Ada satu soalan yang aku paling suka sekali yang ditanya dalam paper ni ;

 Hero filem yang anda minati seorang yang.....
a) gigih
b) gagah
c) berkaliber
d) kacak

Dah tentu-tentu aku jawab B. For your information,waktu aku jawab soalan ni,aku asyik terfikir pasal Aaron Aziz. O Maii Goaaat! Gagah perkasa :) Okay,perasaan gatal dan miang aku dah datang :D Overall, exam ni kurang memuaskan hati aku. Ye la,Mathematics aku hancur wei. Jadi,harapan untuk ke MRSM kena kuburkan je la :(   Sorry ayah. Sorry yang amat :( Habis je exam,aku terus balik. Malas nak ingat pasal paper Maths aku. Buat sakit hati je. And,aku plan nak menangis bila balik rumah. Sengal punya soalan. Aku benci kau hidup-hidup. Bila ayah aku tengok muka aku,dia terus tanya ;

Ayah ; So,how's your exam? Boleh jawab?
Aku ; Ah? Erm,soalan Maths memang menyakitkan hati -,- But,another two papers tu,alhamdullilah,boleh jawab.
Ayah ; Bila result keluar?
Aku ; Entahlah. 

Kalau keluar pun,aku langsung tak nak tengok.Dah sah-sah teruk. Soalan Maths yang sakai! Aku benci kau hidup-hidup! >.<  Rasa nak menangis je bila ayah tanya soalan tu. Apa yang aku tengah buat sekarang? Okay,menangis sambil mengupdate blog. Tak senonoh langsung -,- Ambil UKKM sama macam ambil PMR buat kali kedua bagi aku. Malas nak fikir. Aku nak sambung menangis.


footnote: Best of luck untuk Shakif dan Lina yang bakal ambil UKKM. Make sure korang focus more on Maths. The questions is quite tricky :)Dan,banyak-banyakkan berselawat. All the best again!




November 11, 2011

11.11.11 :D



Assalamualaikum :D

Hi hi peeps! Apa khabar? Sihat? Saya disini,sihat walafiat. Hari ni,hari Jumaat. 11/11/2011. Woots! Cantikkan tarikh dia? Hari ni,sekolah aku ada event yang besar punya,which is Majlis Anugerah Kokurikulum.Merangkap hari terakhir aku ada dekat sekolah. >.< Sedih nak tinggalkan sekolah tu. Bukan apa, aku boleh jadi gila tahap gaban kalau asyik duduk dekat rumah. Bosan yang amat -,- By the way, esok, aku akan ke Johor :D Wah-wah, tak sabar rasanya. Sedih pun ada juga. Ye la, kena berjauhan dengan kawan-kawan aku yang aku makin sayang ni >.<  Korang! Jangan rindu aku yea? Ngeee~ Perasan je,macam la ada orang nak rindu dekat aku :) Tahap ke'perasan'an aku dah mula. Dah start melalut. -,- Lupa nak cerita,12 orang classmates aku dan aku involved dalam event ni. Kitaorang buat bahagian perasmian. Aku tak tahu siapa yang in charge untuk penutupan. Don't know,don't care. Okay,tugas aku ialah menjadi pemegang bakul yang berisi pemukul gong. Woots! Aku dah rasa macam dayang-dayang dekat istana :D (perasan sekejap) Aku dengan Shakif menjadi pengapit a.k.a penyempit gong tu. See, gong pun ada pengapit tau. Istimewa sungguhkan? Shakif dengan aku telah "disandingkan" dekat atas pentas. Rugi sesiapa yang tak tengok. Haha. Aku nampak yang ter-paling-amat-hodoh-sekali. For your information, aku pakai baju kahwin Puan Najimiah tau.Puan Najimiah cakap baju tu dia pakai 35 tahun yang lepas, waktu dia kahwin. Wah,harta pusaka tu.Baju tu cantik sangat.Songket. Mestilah cantikkan? Tapi, bila aku pakai,aku nampak agak pelik sikit. Sekali pandang, macam pengantin yang nak  kahwin lari. Dua kali pandang, dah macam primadona (wah-wah). Tiga kali pandang,dah macam barbie doll versi Somalia je -,-. Tambah dengan high heels mak aku lagi. Memang macam patung barbie doll. Kali ni,versi Ethiopia. Merepek aje. Korang, sorry, tak ada gambar aku pakai baju tu. Malu nak tangkap gambar pakai baju tu. Ye la, manalah tahu,gambar yang aku tangkap terlebih cantik sampai korang tengok pun kena heart attack >.<


See,cantikkan BAJU tu?
Sorry,tak banyak gambar aku ambil. Agak malas sedikit >.< 

They looked damn serious. Kenapa wei? Rumah siapa yang terbakar?
Around 9.30 kitaorang habis. Fuh,lega gila! Korang tahu,menggigil aku berdiri dekat atas pentas tu. Banyak sangat paparazzi yang ambil gambar aku yang macam barbie doll Somalia ni -,- Aku ni tak habis-habis nak syok sendiri -,- 

Azznizza dan Farhanah,teramat menghayati bihun mereka. Mrs. Fly, Sedapkah bihun tu?

Muka seorang wira-wati sejati. "Saya sedia berkhidmat!"

Awak,awak. Kenapa tutup muka awak yang cun tu? 

Opsss! Wait! Something is missing. Oh yea! Linnnnnaaaaa! Gambar kau tak ada la -,- Maaf yea. Aku tak ambil gambar kau. >.< Kempunan la kau,sebab aku tak masukkan gambar kau dekat blog pinky aku ni. :) Muahahaha! Takpe-takpe,kalau ada masa,aku curi gambar kau dekat Facebook. Aku letak banyak-banyak yea. Jangan menangis tau, PEACE YO! (Y)



footnote: Kaki aku sakit pakai high heels. Tak kira berapa inci aku pakai, aku tetap tak setinggi Shakif,Saiful dengan kau,Lina. Berapa juta kotak Calcium korang bedal dalam sehari? Sampai boleh jadi tinggi macam galah? Aku hairan binti ajaib tau. >.< 




October 29, 2011

Tagged Question from Lina :)

Assalamualaikum :D


Hi hi! Tahniah kepada Haikal Anuar yang telah menjadi orang pertama menjawab "Tagged Questions" aku semalam. Dia tak jawab dekat blog dia,but dia reply dekat Facebook :D Awak,thanks tau >.< Then,aku berkunjung ke blog Tajul Lina, Muahahhahaha! Dia pun dah jawab soalan-soalan yang aku bagi semalam. Gracias! Then,aku scroll page dia sampai ke bawah. Ceh ceh,dia pun tag aku -,- Soalan dia,FUUH! Bukan main lagi. Soalan dia dah macam reporter Melodi je aku tengok -,- Tak pe-tak pe. Orang dah tag,aku kena la jawab :)




Tengok tu. Soalan yang agak 'panas' -,-


Ok,disebabkan aku tak tahu nak buat apa hari ni,aku dengan rela hati menjawab soalan dari Cik Tajul kita :) Aku jawab direct jer. Malas nak post step-step dia. 

Dear Tajul Lina,this is my answer for all your questions. Aku jawab dengan jujur,by the way. Ikhlas dari hati dan perut aku :D Enjoy! (Y)

a) adakah anda peminat setia Dragon Ball?

-  Sangat la tak minat -,- Tapi,sangat suka tengok watak Goku. Comel habis :)

b) klau anda suke seseorang, apakah yang anda akan buat?

-  Kalau aku,aku akan pendam sahaja. Sebab kalau aku luahkan,dah tentu-tentu kena reject -,- Dan, aku akan start stalk dia dekat Facebook atau di luar :D

c) klau anda pandai main gitar, anda nak mainkan untuk siapa ?

- Gitar? Kalau aku,aku akan mainkan untuk orang yang nak dengar sahaja :)

d) siapakah orang yang anda paling sayang, selain daripada ibu bapa dan kaum kerabat?

- Sayang? Ramai yang amat :/ And "him" 

e) adakah sekarang ini anda sudah berpunya? berikan sebab klau tiada sesiapa

- Err,soalan yang boleh buat aku pengsan 5 hari -,-. Jawapannya,tak ada. Sebab, aku masih tak jumpa Prince Charming aku :') Wahai Prince Charming,di manakah dikau? :P

f) personaliti anda macam mana?

- Seorang yang gila-gila. Kuat memerintah.Quite secretive. Kuat mengelamun dan suka berangan :)

g) anda suka tengok movie apa?berikan sebab kenapa anda menyukai movie tersebut.

- The best movie yang aku pernah tengok ialah Lagenda Budak Setan.Sebab? Cerita ni sangatlah sweet. Meleleh air mata aku :')

h) Orang yang paling anda percaya siapa ?? nape..

- Aik,soalan ni macam khas ditujukan dekat aku je,wahai Tajul. Sorry Tajul,aku susah nak percayakan orang. Jangan tanya kenapa,aku sendiri tak tahu.

i) kalau anda bersedih, siapakah yang akan ceriakan anda 

- Soalan yang teramatlah simple. Anyone can cheer me up. Cuma,once aku sedih, it takes time to make me smile again.So,kepada mereka yang ingin berbuat demikian,silalah lakukannya dengan sabar yea.Sifat ini yang aku palinglah tak suka -,-

j) apabila andai menyukai seseorang, adakah anda menyukainya dengan sepenuh hati??

- Apa punya soalan. Dah tentulah jawapan dia "YA". 

k) last but not least, apakah impian anda

- Impian yang terbesar aku ialah --> untuk mendapat pekerjaan yang tetap pada masa hadapan. Dan mempunyai gaji yang agak lumayan. Oh yea,nak bina sebuah rumah untuk parents aku. Dan hantar diaorang ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji :D Dan yang paling aku nak sangat --> TWINS >.< Seorang lelaki,seorang perempuan. That all. :)

Tajul Lina. Dah puas dengan jawapan aku? If there's anything you want to ask me,just ask okay. Aku akan cuba jawab soalan tu :D




footnote : Penat menjawab soalan kau  Tajul. By the way,thanks for the questions okay? I appreciate it,a lot :) Ada jugak orang yang membantu aku mengisi kebosanan selepas PMR :D night-night people! :D