Showing posts with label wink. Show all posts
Showing posts with label wink. Show all posts

November 28, 2011

UKKM -,-

Assalamualaikum :D

Hi peeps! Apa khabar? Seronok celebrate Maal Hijrah semalam ? Aku langsung tak celebrate Maal Hijrah -,- Okayokay. Kalau korang sedang baca post ni,maknanya aku masih hidup lagi. Baru saja terfikir nak terjun bangunan lepas ambil Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM.Tadi, aku ambil Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM. Wahwah, NERVOUS gila aku -,- Mai sini,aku nak habaq, kalau korang baca my previous post,aku cakap yang Ujian Kelayakan Kemasukan MRSM ni consists of 3 papers. Okay,soalan Math dia bukan 50 soalan yea. But, 40 je. Dan masa yang diberi bukan 1 jam.But,1 jam 15 minit. Dan,soalan Math dia,mak aih, susah gila babeng. First time aku baca soalan dia,I was.. 'Watafah..?' Soalan pertama pun aku dah sangkut -,- Teruk betul. I spent about 5 minutes per question. Nak tahu tak?  Soalan Mathematics complicated gila.Kalau orang kata 'Love is complicated',aku rasa Mathematics 100 times more complicated..And yang gilanya,almost semua soalan aku tembak. -,- Ni la akibat tak study. :( Soalan dia,tak payah cerita la wei. Memang berbelit. >.< Aish,aku terasa bodoh yang amat. Kesian parents aku. Penat-penat je hantar aku dekat KPM Beranang,Semenyih semata-mata nak ambil ujian 'gila' tu. :'( Sedih wei. Aku tak jawab semua soalan pun. This time,my Maths totally sucks! Mathematics aku hancur :( Alahai,nak menangis je.


Okayokay,aku ada berita yang gembira. Soalan Science dia ada 50 soalan. Yang ni,memang senang yang amat. Dia more pada apa yang kau belajar dan  apply sains dalam kehidupan. Simple je. Tak susah macam Mathematics tu. Nak saja aku cekik orang yang create soalan Maths tu  =3= Aku sarankan,korang focus more on Maths. Soalan dia memang tak tercapai dek akal.Serious, focus more on Maths. Kalaulah Albert Einstein hidup lagi,dah lama aku tukar otak dengan dia. And the last paper,which is one of my favourite paper --> 100 Soalan Keperibadian (yeeehhhhaaaaa! aku ingat nama paper tu :) ) Soalan yang kau pejam mata pun boleh jawab :) Ada satu soalan yang aku paling suka sekali yang ditanya dalam paper ni ;

 Hero filem yang anda minati seorang yang.....
a) gigih
b) gagah
c) berkaliber
d) kacak

Dah tentu-tentu aku jawab B. For your information,waktu aku jawab soalan ni,aku asyik terfikir pasal Aaron Aziz. O Maii Goaaat! Gagah perkasa :) Okay,perasaan gatal dan miang aku dah datang :D Overall, exam ni kurang memuaskan hati aku. Ye la,Mathematics aku hancur wei. Jadi,harapan untuk ke MRSM kena kuburkan je la :(   Sorry ayah. Sorry yang amat :( Habis je exam,aku terus balik. Malas nak ingat pasal paper Maths aku. Buat sakit hati je. And,aku plan nak menangis bila balik rumah. Sengal punya soalan. Aku benci kau hidup-hidup. Bila ayah aku tengok muka aku,dia terus tanya ;

Ayah ; So,how's your exam? Boleh jawab?
Aku ; Ah? Erm,soalan Maths memang menyakitkan hati -,- But,another two papers tu,alhamdullilah,boleh jawab.
Ayah ; Bila result keluar?
Aku ; Entahlah. 

Kalau keluar pun,aku langsung tak nak tengok.Dah sah-sah teruk. Soalan Maths yang sakai! Aku benci kau hidup-hidup! >.<  Rasa nak menangis je bila ayah tanya soalan tu. Apa yang aku tengah buat sekarang? Okay,menangis sambil mengupdate blog. Tak senonoh langsung -,- Ambil UKKM sama macam ambil PMR buat kali kedua bagi aku. Malas nak fikir. Aku nak sambung menangis.


footnote: Best of luck untuk Shakif dan Lina yang bakal ambil UKKM. Make sure korang focus more on Maths. The questions is quite tricky :)Dan,banyak-banyakkan berselawat. All the best again!




November 25, 2011

Nervous -,-

Assalamualaikum :D

Hi peeps! Dari tadi aku asyik membelek-belek kalander dekat bilik aku. O Mai Gooaatt! Lagi 3 hari je lagi Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM >.< Waaaaa! T.T  Aku rasa nervous yang amat. To be honest, aku langsung tak buat revision for Science and Mathematic. Aku sibuk yang amat cari soalan-soalan bocor UKKM dekat Internet. Ye la, Internet has everything. Betul ke? Aku tak rasa macam tu. Dah berjam-jam aku cari contoh-contoh soalan UKKM and etc. But,hampeh -,- Satu soalan pun aku tak jumpa. >.< Lagi bertambah nervouslah aku. Plus,ada sesetengah sumber mengatakan exam untuk paper Mathematics adalah ujian IQ. IQ TEST? Diaorang ni tahu-tahu je yang IQ aku ni tak cukup tinggi -,- Aku takut tahap benua Australia dah ni. Aku  pun buatlah beberapa research untuk ujian IQ ni. Ye la,aku mana pernah dengar pasal IQ test ni. By the way, IQ test ni soalan dia berbelit-belit-belit-belit sampai kau terbelit. O Maiii Gooaaatt! Lagi bertambah-tambah-tambah-tambah takut aku. Macam mana aku nak jawab? This is the first time aku rasa gelabah bila nak jawab exam. Dahlah ada 50 soalan. Dan masa yang dia bagi adalah 1 jam.


Aku rasa nak terjun bangunan je bila dapat tahu yang aku kena jawab 50 soalan math dan 50 soalan Science. Waktu aku tengah taip post ni pun tangan aku menggeletar. Nervous wei. Masa aku apply MRSM, muka aku confident je yang aku boleh jawab soalan UKKM tu dengan baik. But now? Sangat-sangat hampeh -,- Dengan takut + nervous + lack of self confidence + risau dan semua yang sewaktu dengannya. Aish,macam mana ni? Walau apa-apa pun, aku akan buat yang terbaik. Insya-ALLAH, semuanya akan berjalan dengan lancar.Amin :)Then,ada lagi 2 paper. Iaitu 50 soalan Science dan 100 soalan tentang Kepe.....(aku dah lupa harap maaf -,-)



footnote : Hope la aku boleh pass Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dengan baik. Amin :) Doakan aku ye :)

p/s : Check my next post : UKKM -,- 




November 11, 2011

11.11.11 :D



Assalamualaikum :D

Hi hi peeps! Apa khabar? Sihat? Saya disini,sihat walafiat. Hari ni,hari Jumaat. 11/11/2011. Woots! Cantikkan tarikh dia? Hari ni,sekolah aku ada event yang besar punya,which is Majlis Anugerah Kokurikulum.Merangkap hari terakhir aku ada dekat sekolah. >.< Sedih nak tinggalkan sekolah tu. Bukan apa, aku boleh jadi gila tahap gaban kalau asyik duduk dekat rumah. Bosan yang amat -,- By the way, esok, aku akan ke Johor :D Wah-wah, tak sabar rasanya. Sedih pun ada juga. Ye la, kena berjauhan dengan kawan-kawan aku yang aku makin sayang ni >.<  Korang! Jangan rindu aku yea? Ngeee~ Perasan je,macam la ada orang nak rindu dekat aku :) Tahap ke'perasan'an aku dah mula. Dah start melalut. -,- Lupa nak cerita,12 orang classmates aku dan aku involved dalam event ni. Kitaorang buat bahagian perasmian. Aku tak tahu siapa yang in charge untuk penutupan. Don't know,don't care. Okay,tugas aku ialah menjadi pemegang bakul yang berisi pemukul gong. Woots! Aku dah rasa macam dayang-dayang dekat istana :D (perasan sekejap) Aku dengan Shakif menjadi pengapit a.k.a penyempit gong tu. See, gong pun ada pengapit tau. Istimewa sungguhkan? Shakif dengan aku telah "disandingkan" dekat atas pentas. Rugi sesiapa yang tak tengok. Haha. Aku nampak yang ter-paling-amat-hodoh-sekali. For your information, aku pakai baju kahwin Puan Najimiah tau.Puan Najimiah cakap baju tu dia pakai 35 tahun yang lepas, waktu dia kahwin. Wah,harta pusaka tu.Baju tu cantik sangat.Songket. Mestilah cantikkan? Tapi, bila aku pakai,aku nampak agak pelik sikit. Sekali pandang, macam pengantin yang nak  kahwin lari. Dua kali pandang, dah macam primadona (wah-wah). Tiga kali pandang,dah macam barbie doll versi Somalia je -,-. Tambah dengan high heels mak aku lagi. Memang macam patung barbie doll. Kali ni,versi Ethiopia. Merepek aje. Korang, sorry, tak ada gambar aku pakai baju tu. Malu nak tangkap gambar pakai baju tu. Ye la, manalah tahu,gambar yang aku tangkap terlebih cantik sampai korang tengok pun kena heart attack >.<


See,cantikkan BAJU tu?
Sorry,tak banyak gambar aku ambil. Agak malas sedikit >.< 

They looked damn serious. Kenapa wei? Rumah siapa yang terbakar?
Around 9.30 kitaorang habis. Fuh,lega gila! Korang tahu,menggigil aku berdiri dekat atas pentas tu. Banyak sangat paparazzi yang ambil gambar aku yang macam barbie doll Somalia ni -,- Aku ni tak habis-habis nak syok sendiri -,- 

Azznizza dan Farhanah,teramat menghayati bihun mereka. Mrs. Fly, Sedapkah bihun tu?

Muka seorang wira-wati sejati. "Saya sedia berkhidmat!"

Awak,awak. Kenapa tutup muka awak yang cun tu? 

Opsss! Wait! Something is missing. Oh yea! Linnnnnaaaaa! Gambar kau tak ada la -,- Maaf yea. Aku tak ambil gambar kau. >.< Kempunan la kau,sebab aku tak masukkan gambar kau dekat blog pinky aku ni. :) Muahahaha! Takpe-takpe,kalau ada masa,aku curi gambar kau dekat Facebook. Aku letak banyak-banyak yea. Jangan menangis tau, PEACE YO! (Y)



footnote: Kaki aku sakit pakai high heels. Tak kira berapa inci aku pakai, aku tetap tak setinggi Shakif,Saiful dengan kau,Lina. Berapa juta kotak Calcium korang bedal dalam sehari? Sampai boleh jadi tinggi macam galah? Aku hairan binti ajaib tau. >.< 




October 29, 2011

Tagged Question from Lina :)

Assalamualaikum :D


Hi hi! Tahniah kepada Haikal Anuar yang telah menjadi orang pertama menjawab "Tagged Questions" aku semalam. Dia tak jawab dekat blog dia,but dia reply dekat Facebook :D Awak,thanks tau >.< Then,aku berkunjung ke blog Tajul Lina, Muahahhahaha! Dia pun dah jawab soalan-soalan yang aku bagi semalam. Gracias! Then,aku scroll page dia sampai ke bawah. Ceh ceh,dia pun tag aku -,- Soalan dia,FUUH! Bukan main lagi. Soalan dia dah macam reporter Melodi je aku tengok -,- Tak pe-tak pe. Orang dah tag,aku kena la jawab :)




Tengok tu. Soalan yang agak 'panas' -,-


Ok,disebabkan aku tak tahu nak buat apa hari ni,aku dengan rela hati menjawab soalan dari Cik Tajul kita :) Aku jawab direct jer. Malas nak post step-step dia. 

Dear Tajul Lina,this is my answer for all your questions. Aku jawab dengan jujur,by the way. Ikhlas dari hati dan perut aku :D Enjoy! (Y)

a) adakah anda peminat setia Dragon Ball?

-  Sangat la tak minat -,- Tapi,sangat suka tengok watak Goku. Comel habis :)

b) klau anda suke seseorang, apakah yang anda akan buat?

-  Kalau aku,aku akan pendam sahaja. Sebab kalau aku luahkan,dah tentu-tentu kena reject -,- Dan, aku akan start stalk dia dekat Facebook atau di luar :D

c) klau anda pandai main gitar, anda nak mainkan untuk siapa ?

- Gitar? Kalau aku,aku akan mainkan untuk orang yang nak dengar sahaja :)

d) siapakah orang yang anda paling sayang, selain daripada ibu bapa dan kaum kerabat?

- Sayang? Ramai yang amat :/ And "him" 

e) adakah sekarang ini anda sudah berpunya? berikan sebab klau tiada sesiapa

- Err,soalan yang boleh buat aku pengsan 5 hari -,-. Jawapannya,tak ada. Sebab, aku masih tak jumpa Prince Charming aku :') Wahai Prince Charming,di manakah dikau? :P

f) personaliti anda macam mana?

- Seorang yang gila-gila. Kuat memerintah.Quite secretive. Kuat mengelamun dan suka berangan :)

g) anda suka tengok movie apa?berikan sebab kenapa anda menyukai movie tersebut.

- The best movie yang aku pernah tengok ialah Lagenda Budak Setan.Sebab? Cerita ni sangatlah sweet. Meleleh air mata aku :')

h) Orang yang paling anda percaya siapa ?? nape..

- Aik,soalan ni macam khas ditujukan dekat aku je,wahai Tajul. Sorry Tajul,aku susah nak percayakan orang. Jangan tanya kenapa,aku sendiri tak tahu.

i) kalau anda bersedih, siapakah yang akan ceriakan anda 

- Soalan yang teramatlah simple. Anyone can cheer me up. Cuma,once aku sedih, it takes time to make me smile again.So,kepada mereka yang ingin berbuat demikian,silalah lakukannya dengan sabar yea.Sifat ini yang aku palinglah tak suka -,-

j) apabila andai menyukai seseorang, adakah anda menyukainya dengan sepenuh hati??

- Apa punya soalan. Dah tentulah jawapan dia "YA". 

k) last but not least, apakah impian anda

- Impian yang terbesar aku ialah --> untuk mendapat pekerjaan yang tetap pada masa hadapan. Dan mempunyai gaji yang agak lumayan. Oh yea,nak bina sebuah rumah untuk parents aku. Dan hantar diaorang ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji :D Dan yang paling aku nak sangat --> TWINS >.< Seorang lelaki,seorang perempuan. That all. :)

Tajul Lina. Dah puas dengan jawapan aku? If there's anything you want to ask me,just ask okay. Aku akan cuba jawab soalan tu :D




footnote : Penat menjawab soalan kau  Tajul. By the way,thanks for the questions okay? I appreciate it,a lot :) Ada jugak orang yang membantu aku mengisi kebosanan selepas PMR :D night-night people! :D




October 28, 2011

Tagged Question :D

Assalamualaikum :D


Hi there! Dah lama rasanya aku tak meng-update blog aku ni. Disebabkan bosan yang amat sangat,aku online Facebook. Macam biasa,aku check Notification aku yang sentiasa penuh. Then,aku check message. Woots! Cik Khairul kita message la. :D Dia bagi link blog sekali. So,aku dengan ringan tangan menziarahi blog beliau yang telah dikunjungi sebanyak 3093 kali tu. Wooo! What a big number! Tahniah Khairul! Ok,back to our main business people! He tagged me on his post. Gracias~ He asked me a few question. Jadi,macam dia jugak,disebabkan kebosanan yang amat sangat,aku pun dengan rela hati menjawabnya :) Ni dipanggil sebagai "TAGGED QUESTIONS". Once korang kena tag. Korang kena jawab soalan yang diberikan. Korang confuse? Keep on reading people.




We've got the winner! See my name?Thanks for the tag Khairul :D
Before that,there are 3 rules to be followed. Let get started!


First,
  •  post the rules
  •  post 11 thing about themselves
  •  answer the questions given from the tagger and create another 11 question for the people you want tagged.
  •  choose 11 (up to you guys)  people to tag and link them on the post


Second, write 11 things about yourself .(anything such as birthday,favourite food or bla,bla,bla)
  1. Putri Nur Sabrina bt.A.Razak is the name given by my parents. Unikkan nama aku? Jangan jealous.
  2. Well,obviously,I'm  a teenager.
  3. I LOVE SAMBAL BELACAN. Seriously,I can't get rid of it.I'm totally addicted to it -,-
  4. I'm not weird,by the way. I am limited edition :D Curi ayat Syahira. Sorry babe!
  5. I'm a novel-freak!
  6. Music is my soul. Can't live without it. -,-
  7. Macam cik Khairul cakap,aku tak nak nampak sempurna di mata manusia. Tapi,aku hanya nak nampak sempurna di mata Allah. Amin.
  8. Aku seorang yang suka cakap benda-benda merepek. Dan aku seorang yang kuat bercakap. Susah betul nak tengok aku senyap. 
  9. Seorang yang kuat memerintah,terutamanya dengan adik-adik aku. Muahahhaha! Sifat semula jadi aku.
  10. Sangat suka berahsia. Maaf,ada sebab kenapa aku berahsia.
  11. Seorang yang kuat mengelamun , suka syok sendiri dan agak gedik . Aku tak tahu mana aku dapat perangai "gedik" tu. Mak aku pun naik hairan.
Third, answer all the questions given by person who tagged you.So,ni soalan yang diberikan oleh cik Khairul Idzham :D

1.apa gelaran yang kawan anda berikan kepada anda?kenapa?

- Gelaran? Well,seorang mahluk Tuhan yang tak berapa nak seksi ni,panggil aku POPO yang membawa maksud "nenek" dalam bahasa Mandarin.Kenapa dia panggil aku POPO? Ada dua sebab,yang pertama,aku 5 bulan lebih tua dari dia. Second,aku jenis yang kuat bercakap dan kuat membebel macam nenek (Y)

2.kalau anda diberi RM1 juta,apa yang akan anda lakukan?

- RM 1 juta? Mana cukup. Bagilah RM 1 billion ke.(demanding betul)  Ok,ok. Kalau aku diberi RM 1 juta,first of all,aku nak bawa parents aku menunaikan Haji. Teringin sangat nak dengar orang panggil mak dan ayah aku dengan gelaran "Haji dan Hajah". :') Next,aku nak simpan untuk masa depan aku dan bina sebuah rumah yang besar untuk family aku. Aku tak adalah kejam sangat. Aku bagi sikit duit tu dekat adik-adik aku. Sikit je aku bagi,dalam RM 1000 seorang.:P

3.Tempat idaman yg anda ingin pergi?kenapa?

- Sejujurnya,aku memang teringin sangat nak pergi Mekah.Nak tengok Ka'abah dengan mata aku sendiri dan aku nak lawat Makam Rasulullah s.a.w. Dapat tengok makam dia dari jauh pun jadilah :')

4.siapa rakan yang pling rapat dengan anda?

- Well,banyak sangat kawan baik aku. Sebelum aku pindah, kawan aku yang paling rapat ialah Ameera,KHAIRUL IDZHAM,Nabeesa,Fatin,Daus,Muffa,Rahimi dan ramai lagi.Selepas pindah, kawan yang paling rapat ialah Norhanis Nadiah, Tan Suk Leng,Nur Ainin Sofea, Tajul Lina,Shakif,Haikal Anuar, Linda,Arifah, Wong Sze Some,Harini Selvarajan,Teoh Shun Ee dan ramai lagi. (malas nak taip banyak-banyak) By the way cik Khairul,ingat lagi tak waktu kecik-kecik dulu kita main masak-masak sama-sama? Kutip pasir dan potong daun semua? Ingat tak?

5.bila start ber-blogging?

- Aku start ber-blogging pada bulan Ogos 2010. Dah setahun lebih.

6.apa horoscope anda?

- Horoscope aku ialah Taurus.

7.siapa idola anda?kenapa

- Idola? Aku tak ada idola la -.-

8.apa sumber inspirasi anda?

- Sumber inspirasi aku yang utama ialah --> KELUARGA aku :) 

9.suka fashion?jenis apa

- Fashion? Aku tak ada la expert sangat pasal fashion ni. Tapi,aku minat sangat fashion yang ber-hijjab tu. Woo,cantik gila.

10.kalau hangout,tempat biasa anda hangout dimana?

- Tak tentu.But so far,aku selalu hangout dekat Jusco Taman Equine je.

11.ciri-ciri lelaki/wanita idaman?

-  Urm,toughest question ever! Orang dah tanya,aku jawab la. Honestly,aku nak lelaki yang boleh bimbing aku sehingga ke akhirat kelak. Citarasa aku mungkin pelik sikit,aku teramat suka lelaki yang menjadi IMAM ketika bersolat.Tak tahu kenapa. Aku terlampau suka sangat! Then,of course aku suka lelaki yang romantik. Boleh pujuk aku bila aku merajuk. Setia macam ayah aku. Dan paling penting, kewangan dia stabil dan mempunyai kerjaya yang baik. Itu sahaja. :D 

Lastly,create 11 soalan yang anda tujukan kepada orang yang bertuah! (GET READY PEOPLE!)

  1. Apakah warna kegemaran anda? Mengapa anda pilih warna tersebut?
  2. Who is your first "crush"?
  3. Kalau anda jadi superhero,superhero mana yang anda akan pilih? Nyatakan sebabnya.
  4. Nyatakan pengalaman anda yang paling memalukan.
  5. Jika anda terdengar bunyi letupan yang kuat dan mengejutkan. Apakah respon anda?
  6. Anda seorang yang ........
  7. Jika anda terserempak dengan hantu,apa yang anda akan lakukan? Sila pilih :  
          a) saya akan jerit sambil terkencing
          b) saya akan berlari sambil menghayun tangan ala-ala Usop Wilcha 
          c) saya akan menyanyi lagu Negaraku 
          d) saya akan cakap "Hai,nama saya -------,selamat berkenalan" dan terus berlari sambil buat catwalk.
    
   8. Siapakah yang anda akan ajak bersama bila tengok cerita hantu?
   9. Adakah anda peminat setia Barney and Friends?
 10. Adakah anda seorang yang kuat melatah?
 11. Apakah ciri-ciri lelaki/wanita idaman anda?

* Soalan ini hanya sekadar gurauan semata-mata. Don't take it serious. *

People to tag :
  1.  Tajul Lina 
  2. Shakif Suhaimi
  3. Norhanis Nadiah
  4. Nur Syahira
  5. Haikal Anuar
  6. Yasmen Soraya
  7. Nurul Haslinda
  8. Eyra Lulu
That all.Kepada nama-nama yang telah terpilih untuk menjawab soalan saya,sila bebuat demikian okay? Dan sila jawab dengan jujur dan ikhlas.


footnote : penat jawab soalan cik Khairul Idzham kita. Well,Khairul,kalau kau nak jawab pun boleh :) Tak ada hal punya. Jawab dengan jujur yea :)  



August 14, 2011

Maaf,saya tak suka pink :)

Assalamualaikum, :D
Hari ini, saya BAKAL USTAZAH PILIHAN (ceh,ceh) mengumumkan bahawasanya saya tidak gemar warna merah jambu. <--aku ingat nak buat pengumuman raya :D (merepek.abaikan)
Kenapa? Nak tahu? Keep on reading peeps!
Semalam,sekolah aku ada buat Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat. Happy gila. Berkat PMR aku tahun ni sebab ayah dan adik-adik aku datang sekali :') Thanks ayah ! Love youu ! Mana mak aku? Mak aku? Dia jadi security guard dekat rumah :) Haha, bukanlah. Mak aku penat mengemas rumah. Macam biasa,kerja aku dekat rumah ialah menyelerakkan barang-barang  rumah. Mama,terima kasihlah sebab kemaskan bilik study dan bilik tidur kitaorang. Love yaa! Dah banyak melencong. BACK TO BUSINESS!
Aku decide nak pakai baju kurung warna merah,but, baju tu kecil la (aku sedang membesar yea) Lengan baju kurung tu singkat. Cari punya cari, mama suruh pakai baju kurung warna pink. WHAT? Pink? OMG!!
Hampir berlaku pertumpahan darah antara aku dengan mama (ceh ,ayat!) Mama kata :

Mama : Pakai aje la baju pink tu,cantikkan.
Aku : OMG! Maaaa,pink laa. Tak suka tak suka~
Mama: (marah) dah tu,kenapa beli baju tu last year? No more excuse pakai aje <--salahkan aku -,-

Ok fine. salah aku sebab beli.Baju tu nampak menawan je dari luar. Takde la pink sangat.But the fact is, PINK! Aku nak isytiharkan darurat pun ada :( Wei, SUMPAH PINK-ish gila! Dah la at first mama suruh pakai dengan tudung pink memang HELL NO! Dah baju pink,takkan dari atas ke bawah pink? Akhirnya,mama surrender bila aku buat muka suci lagi innocent ni kat depan dia :) Ye la,kalau tak,serba-serbi aku pink semalam .                            
Muka aku. Sedih kan? :)
Sampai je sekolah,First thing aku buat merayap. Haha,tak de kerja. Aku pergi lobi A nak mendaftar. Lepas daftar aku menunggu. Aku dok mencari GIRLFRIEND-FOREVER-AND-EVER aku,si TAJUL-LINA. Ye la, janji nak pakai baju PINK sama macam aku. At least aku tak keseorangan berbaju PINK! Tunggu punya tunggu,dia sampai .WATAFAH? Dia pakai baju warna emas. Ceh,janji ROCK je! Menyesal aku. Then,aku jumpa kawan-kawan aku. Apa aku buat? Bergossip la :) Diaorang asyik cakap

Fara : Wei Putri, PINK kau hari ni  <--grr.janganlah tegur -,-
Yazreen : Putri pink:D
Farzana : PINKPINKPINK :D
Linda :PINK :d
Takyah la tegur baju aku :( Sedih tauu. Lepas habis je buka puasa,solat hajat dan bla,bla,bla. Aku cepat-cepat pergi ke dewan gemilang. Kenapa? Haaa,aku rembat berbiji-biji bekas yang ada air zam-zam. Bak kata ayah aku, REZEKI JANGAN DITOLAK. Kira rezeki la ni kan. Habis penuh satu beg aku dengan air zam-zam. Cikgu kat situ pun tension tengok asyik muka aku je yang ambil air tu :)  <--muka tebal :)
Wei-wei-wei,dah nak buka ni. Perut aku dah pasang lagu rock. Berbunyi-bunyi tauuu. BTW, nak kena study lebih masa hari ni sebab bangun lambat. Jangan tanya pukul berapa aku bangun hari ni. 

# Wish me luck for TRIAL ! :)

Assalamualaikum :D



July 18, 2011

Dude,You make me cry :)

Assalamualaikum :)
Hari ni rasa rajin sangat-sangat nak meng-update blog yang tak berapa cantik  ni :D.
Hari ni cuti. so,I feel free to update my blog. sunyi jeh rumah ni .Cikgu kata, kalau nak study,kena study waktu sunyi macam ni baru fokus.o.O (muka macam ni nak study?fikirlah sendiri)
Rasa nak menangis tengok TITLE post ni T.T
Aku menangis? Tak la. Cuma ada air yang mengalir keluar dari kelopak mata aku :) <-- bukan sama ke?(abaikan) Kenapa? Apa yang terjadi? Jeng jeng jeng :) Suspens tak? <-- jap,ada unsur suspens ke? (merepek)
Semua ini bermula pada hari Sabtu yang ceria <-- bunyi macam nak karang cerita budak-budak kan.? :D
Ok,straight to the point. Sabtu lepas,PELAJAR FORM 3 ada satu event yang BEST BRO! :) which is "DISKUSI PELAJAR.........." errr,ok,sorry,aku lupa :D yang aku ingatlah,depan dia ade perkataan DISKUSI. (at least aku ingat nama depan.korang ingat?) Parents dan student yang hadir tak la ramai sangat. students dalam 70 orang je. Cukup introduction. Part paling aku gemari waktu MOTIVATOR tu masuk.
Aku cakap :


Aku : Mak aihhh..KACAKNYA motivator tu O.o(muka suci) kalau macam ni memang aku "FOKUS-lah" sepanjang masa. (dah start mengusha MOTIVATOR tu)

At the same time,Diana,Lena,Puvana dan lain-lain gelak. Jap,aku ada buat lawak ke? Tak kan? Ok,abaikan. 
Mcam biasa,motivator mesti la introduce dia dekat kitaorang kan. Dia dok meng-introduce-kan diri dia. Wah! Dia tinggi laa! (jealous)
                                                    MOTIVATOR "KACAK" ITU

Then,dia start bagi ceramah. Disebabkan pelajar "terpaksa" duduk dekat belakang,Dia dengan senang hatinya menyuruh ibu bapa duduk di belakang dan pelajar duduk didepan. Aku cepat-cepatlah beredar ke depan. aku duduk dekat depan sekali. Aihh,dapatlah  aku tengok muka dia dengan jelas. Lepas dia cakap pasal study and all kind of stuff.Dia suruh kitaorang tulis berapa peratus kitaorang ready for PMR. Dengan takut,aku mintak kertas dekat Farhana (muka tak tau malu.siapa suruh bawak diri aje?) Thanks Farhana for the papers and pens :) Love you! Aku tulis : 65%. Waaa,teruk  kan? next 3 months nak PMR.baru 65%.Aishh.Sorry ayah! :)


Heeheee,next,dia suruh bagi surat dekat parents. Dia kata:

Motivator : Adik-adik tulis satu surat untuk ibu bapa adik-adik. Tulis apa yang adik nak tulis.LUAHKAN semuanya. Ibu bapa adik-adik tak tahu apa yang terbuku di hati adik-adik. Saya bagi masa 5 minit untuk tulis.

Waktu tu aku rasa takut.Ye la, nak luahkan macam mana? aku pun tak tahu. Aishh..Aku siap curi-curi tengok Puvana dan Harini punya surat.

Aku : Puvanaaaa... I don't know what to write la. Aiiyooooo...
Puvana : Just write "HELLO" "How are you" and all that related to it.
Blur. Then aku tulis:

Hello ayah. How are you? I feel awkward to write all this to you. Oh yea. How's your work? and bla bla blaaa
Bila Harini baca dia pandang aku dan cakap:
Harini : Dude,your father is in this room right? Why you tulis macam dia dekat London? No need Informal letter laa
Oh,ok. Baru faham (blurrr). Then aku tulis-tulis dan tulis. Aih. habis kertas. :D After that,motivator suruh kitaorang bagi surat tu dekat parents. Waa. waktu tu aku rasa EMPANGAN PUTRI nak pecah. Aku tahan aje. Then aku bangun dan pergi dekat ayah aku (dengan muka selamba,dan mata berair.) Aku terus bagi dekat ayah.Masa tu EMPANGAN PUTRI pecahhhh! T.T memang tak tahan :) Ayah baca.Air mata aku cepat aje turun. Haisshh, tak pernah aku menangis dekat sekolah.Ini  FIRST TIME. Ayah baca dan senyum. Aku salam dan cium tangan ayah aku. Waaaaa! Air mata makin laju turun.(cepat-cepat aku kesat)
Tahniah CIK MOTIVATOR YANG KACAK. Anda telah berjaya buat saya menangis. :D Aku cepat-cepat duduk dan termenung. 

                                                     Alolo,aku tak menangis keseorangan! :)
Aih,Pukul 10 pagi. Ceramah habis.Waaa. tak sukanyaaa. :D But,it makes me feel GREAT!. Kenapa?At last, I've told my father's everything that I felt. And it makes me feel that my family's always there for me. Thanks to ALLAH :) Ok. Tangan aku dah penat menaip. Nak kena study :D Asyik ber-blogging dan ber-FACEBOOK-ing :)
Assalamualikum :)

p/s: Pictures: CREDIT  TO my English's Teacher  :)